Assalamualaikum
Since 30 August 2012, entry untung laa sape jadi cikgu tu
menjadi sangatlah popular. Bukanlah popular kerana benda baik, tapi sebaliknya.
Sebelum aku menulis lebih panjang, just wanna to say “terima
kasih” kepada semua yang membaca, menulis dan sekadar melihat entry tersebut.
Kepada admin “kami mahu liyana adnan minta maaf pada guru
seluruh Malaysia” dan “kami mahu liyana adnan minta maaf secara terbuka”, saya
minta maaf. Disebabkan saya menulis kenyataan saya di blog ini, maka sebaiknya
saya mohon maaf di blog saya juga.
Sekali lagi saya minta maaf. Saya mengaku, entry saya itu
salah.
Hari ini saya menulis bukanlah kerana nak menghilangkan
bosan mahupun mengutuk sesiapa, tapi di atas kesedaran yang diberikan oleh
seorang kawan saya di office pagi tadi. (tak sangka most of officemate tahu
pasal kes ni, and diorang react macam nothing happen. Kerja dalam mood kerja
yang sangat biasa. Tadi baru reveal. just one word je aku boleh cakap..THANKS).
mereka tak support, mereka tak kata aku betul, mereka just nasihat; jangan buat
dah.
“yana, mak bapak kita bawak kita pi pekan, ajaq kita, tu
bas..tu lori.., kita tau tu bas..kita tau tu lori..tapi cikgu ni ajaq kita,
siap bawak gambaq, lukis lori, lukis bas. Siap ajaq pulak…L-O-R-I: Lori. Sampailah
kita kenai”
Itu je yang dia cakap. But its something yang aku rasa touched.
Actually entry itu ditujukan kepada segelintir. Tapi penulisan
yang terlampau general membuatkan ramai
yang tersinggung. Maaf sekali lagi. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak
kata..badan binasa.
Kepada semua guru yang pernah mengajar Liyana Adnan, saya
memohon maaf di atas keterlanjuran saya. Saya pasti, kepada cikgu yang mengajar
saya, tentu sekali kenal bagaimana saya yang sebenarnya. Cikgu berhak mengadili
saya kerana cikgu kenal siapa saya.
Kepada yang tidak mengenali saya, saya ucapkan terima
kasih jugak. At least, dari sini, saya kenal siapa saya. Saya kenal siapa kawan
saya. Saya kenal siapa batu api. Siapa penyejuk keadaan. Saya mengaku saya
salah. Saya tak mintak pun kawan-kawan saya cakap saya betul . tapi berdasarkan
apa yang terjadi ini, saya menyedari banyak perkara. Kepada teman yang susah
senang semasa di pengajian tinggi, di sekolah rendah mahu pun menengah, “aku
mintak maaf, aku terkasar berbahasa semasa menulis”.
Kepada yang duk follow kereta saya, maaflah. Kereta saya,
saya pinjamkan kepada orang lain. Kalau jumpa luar dari area utara tu, itu
bukanlah saya.
Kepada yang telefon saya, pagi, petang, siang, malam..
saya rasa anda dah pun terjawab dengan semua yang saya ceritakan. Ada panggilan
yang tak berjawab, maaflah. Saya dah tak mampu nak menjawab setelah diserang
dengan seorang guru perempuan. Kepada guru tersebut, saya minta maaf sekali
lagi..permohonan cikgu tak dapat saya tunaikan.
Setakat ini sahaja nukilan saya. Saya harap seluruh rakyat Malaysia dapat maafkan saya.
Maafkan saya sekali lagi kerana terpaksa menutup ruangan komen yang disediakan. Sekiranya ada sebarang maklum balas, sila emaikan kepada luvlylya@gmail.com
Banyak pengajaran yang saya dapat dari peristiwa ini. Terima kasih saya ucapkan.
Saya bukanlah seorang yang bijak pandai. Saya bukanlah siapa-siapa. Saya insan biasa. An ordinary person yang telah silap dalam menulis dan berkata-kata.
